Faham Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) Dengan Lebih Mudah
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
sebelum ini dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah. PBD mengekalkan semua konsep
Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam
setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam DSKP. Selain
daripada Standard Prestasti, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga
dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
Sebelum kita pegi lebih lanjut
mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) jom kita fahamkan dulu tentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan apa bezanya dengan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD).
Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Standard Kandungan
Standard
Kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Standard
Pembelajaran adalah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard
Prestasi
Standard
Prestasi adalah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan
yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah
dikuasai oleh murid.
Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran
formatif iaitu Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai
Pembelajaran.
Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan
murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif.
Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran.
Pentaksiran Untuk
Pembelajaran
Contoh
pentaksiran ini ialah aktiviti soal jawab semasa pembelajaran dijalankan. Maklumat
yang diperolehi membantu guru meneruskan PdPc seterusnya.
Pentaksiran Sebagai
Pembelajaran
Contoh
pentaksiran ini ialah murid membina peta konsep tentang apa yang telah
dipelajari bagi mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan
semasa. Pentaksiran ini memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan
cara mereka belajar.
1. Pentaksiran Kendiri
Murid
menilai kerja mereka sendiri berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas
Bentuk pentaksiran kendiri ialah:
-
Rancangan / diari mingguan murid
- Soal
selidik
-
Portfolio
-
Pemarkahan merujuk kriteria tertentu
- Helaian
pentaksiran dengan memberi ulasan
- Maklum
balas secara lisan
-
Perbincangan kumpulan atau individu
-
Kenyataan peribadi untuk kad laporan
- Persediaan
dan perancangan ke arah hasil kerja muktamad
-
Analisis kriteria dan keupayaan pentaksiran murid
2. Pentaksiran Rakan
Sebaya
Memberi
peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan dan melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab.
Pentaksiran Tentang
Pembelajaran
Pentaksiran
Tentang Pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang
pembelajaran. Biasanya berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Juga boleh berlaku
dalam bentuk pembentangan hasil projek.
Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD
dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di
samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:
-
mengesan pengetahun sedia ada murid
-
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
-
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa
-
mengetahui keberkesanan PdPc
-
merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
-
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:
-
mengesan perkembangan diri
-
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
-
meningkatkan pencapaian pembelajaran
Ciri-Ciri Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Terdapat
9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD
yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran
yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat
diatasi dengan segera. PBD dilaksanakan seperti rajah di bawah。
Tahap Penguasaan
Tahap
Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan murid. Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan
aras penguasaan yang disusu secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan
pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran.
Bagi yang nakkan maklumat lebih
lanjut mengenai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), anda boleh lah
download Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada laman web
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dari panduan yang disediakan, contoh juga diberikan bagaimana nak isi templat pelaporan PBD dengan lebih terperinci.
Pertimbangan Profesional
Pertimbangan
profesional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan pengetahuan profesional
terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai,
bukti pencapaian, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran serta kriteria dan
standard yang ditetapkan.
Guru perlu membuat keputusan secara beretika dan
bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid, berdasarkan analisis dan
rumusan maklumat terhadap pembelajaran.
Elemen
dalam melaksanakan pertimbangan profesional adalah pengetahuan, tanggungjawab
profesional, input murid dan pengalaman. Perkara lain yang juga perlu diambil
kira dalam melaksanakan pertimbangan profesional adalah hasrat kurikulum,
tujuan pentaksiran, kaedah pentaksiran, suasana pentaksiran, amanah dan peluang.
Moderasi
Moderasi
adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran. Moderasi
dijalankan bagi tujuan memastikan pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah
dan boleh dipercayai. Guru boleh menggunakan mana-mana kaedah seperti
kalibrasi, persidangan dan merujuk pakar.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah seperti carta alir berikut.
1. Merancang PdPc dan
Kaedah Pentaksiran
-
memahami kandungan tajuk dalam DSKP
-
menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai murid dan yang hendak
ditaksir guru
-
Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai
2. Melaksanakan PdPc
dan Pentaksiran
-
Pentaksiran secara Lisan
-
Pentaksiran secara bertulis
-
Pentaksiran secara pemerhatian
3. Merekod dan
Menganalisis Penguasaan Murid
- rekod
dalam bentuk pernyataan, simbol, markah dan gred
- boleh
dilakukan dalam rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak dan templat
pelaporan
4. Tindakan Susulan
5. Melapor
-
merangkumi tahap penguasaan, penyataan tentang minat, sikap dan perlakuan serta
cadangan tindakan susulan
Bagi membantu guru-guru lebih memahami Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) direkodkan, guru-guru boleh lah rujuk pada 15 Contoh-Contoh Instrumen Pentaksiran yang
ada pada Bab 6 Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Secara
keseluruhannya, diharapkan melalui perkongsian ini mampu membantu
memudahkan urusan guru-guru mendapatkan gambaran awal (sebelum mendalami)
mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Bersamalah
kita meningkatkan kualiti profesional kita sebagai guru, dan seterusnya memberi
impak positif kepada pendidikan di Malaysia!
Rujukan: Cikgu Hailmi